awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki korban keempat banjir di Kelantan

Bernama
Bernama
30/12/2021
16:27 MYT
Lelaki korban keempat banjir di Kelantan
Seorang lelaki berusia 46 tahun menjadi korban keempat banjir yang melanda Kelantan sejak 17 Dis lepas. - Gambar fail
PASIR MAS: Seorang lelaki berusia 46 tahun menjadi korban keempat banjir yang melanda Kelantan sejak 17 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mangsa keempat itu dikenali sebagai Mohd Razi Jaafar yang ditemukan lemas pada pukul 5.30 petang tadi selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Lubok Jong dekat Kampung Serongga, di sini.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.20 petang tadi daripada abang mangsa yang mengatakan adiknya lemas.
"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas dan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa telah menjumpai mangsa di celah akar pokok di tebing sungai iaitu empat kilometer dari rumahnya.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#korban
#Polis Daerah Pasir Mas
#Sungai Lubok Jong
#Kampung Serongga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan