awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kurang siuman mengamuk dalam Menara Condong Teluk Intan

Bernama
Bernama
01/03/2017
23:15 MYT
Lelaki kurang siuman mengamuk dalam Menara Condong Teluk Intan
Difahamkan orang awam yang berada di tempat kejadian mendakwa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana mahu 'menegakkan' menara condong itu. - Gambar hiasan
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan kekacauan dengan bertindak membuang serpihan kayu dari atas Menara Condong Teluk Intan sebelum ditahan polis petang Rabu.
Difahamkan orang awam yang berada di tempat kejadian mendakwa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana mahu 'menegakkan' menara condong itu.
Pekerja menara berkenaan, Isham Ishak, 38, berkata dia terdengar bunyi bising dari bahagian atas menara kira-kira pukul 4 petang sebelum meninjau keadaan.
"Saya lihat ada seorang lelaki sedang memecahkan siling menara dan membaling serpihannya ke bawah.
"Bila saya cuba tanya kenapa dan pujuk lelaki itu, dia ajak saya berlawan sambil memaki hamun," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Isham berkata selepas melihat lelaki itu semakin agresif, dia bersama beberapa yang lain bertindak menangkapnya sebelum menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan perkara tersebut sedang disiasat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#lelaki mengamuk
#Menara Condong
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan