awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut akibat renjatan elektrik di tapak karnival

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2024
04:20 MYT
Lelaki maut akibat renjatan elektrik di tapak karnival
Warga Pakistan maut akibat renjatan elektrik di tapak karnival makanan di belakang sebuah pasar raya di Kuala Selangor pada Selasa. -Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang lelaki warga Pakistan maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak karnival makanan di belakang sebuah pasar raya di sini pada Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa berusia 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.50 malam.
"Maklumat awal polis mendapati mangsa bersama dengan seorang lagi rakannya berada di tapak terbabit semasa hujan lebat.
"Rakan mangsa memaklumkan, lelaki terbabit memegang besi khemah salah satu gerai dan telah berlaku renjatan elektrik menyebabkannya terjatuh sebelum dibawa ke pentas utama untuk bantuan awal," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Mohd Ambia memberitahu, sebaik polis tiba di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan telah meninggal dunia di atas pentas utama karnival berkenaan.
Jelas Ambia, mangsa kemudiannya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tanjong Karang untuk proses bedah siasat.
"Punca kematian mangsa disebabkan renjatan elektrik dan tiada tanda-tanda punca kematian disebabkan jenayah," tambah beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#Kuala Selangor
#tapak karnival
#hujan lebat
#lelaki pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan