awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2,000 pemilik 4WD dijangka berhimpun, perkukuh industri automatif
SOP ketat halang warga asing terima rawatan percuma hospital kerajaan - Dzulkefly
Lelaki 13 rekod lampau ditahan kes curi dalam kuil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dihempap pokok tumbang di Alor Setar

Bernama
Bernama
15/03/2026
07:49 MYT
Lelaki maut dihempap pokok tumbang di Alor Setar
Mangsa Ahmad Farazi Kasim maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 20-an hanya mengalami kecederaan ringan. - Foto JBPM Kedah
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Stadium dekat sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata bomba menerima panggilan pada 1.15 tengah hari daripada pihak Kementerian Kesihatan yang memaklumkan mengenai kejadian pokok tumbang yang menghempap orang awam.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar telah ke lokasi dan sebaik sampai di lokasi mendapati kejadian melibatkan dua penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan itu ketika pokok berkenaan tumbang.
“Akibat itu, seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Farazi Kasim, 51, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 20-an hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kerja-kerja pembersihan telah dijalankan, dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.53 tengah hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Pokok tumbang
#maut
#motosikal
#Jalan Stadium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan