awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diskaun 50 peratus sewa premis untuk peniaga Pasar UTC Labuan
Kerajaan Perak adakan rumah terbuka Aidilfitri pada 21 Mac
Greece sahkan kapal tangki berdaftar di negara itu diserang di Laut Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak 3 suspek bersenjata parang

Sinar Harian
Sinar Harian
14/03/2026
06:24 MYT
Lelaki maut ditetak 3 suspek bersenjata parang
akaman CCTV menunjukkan dua daripada tiga suspek menggunakan parang mengejar mangsa. - Foto tular
Seorang lelaki maut dipercayai ditetak tiga lelaki bersenjata dalam insiden pergaduhan bersenjatakan parang membabitkan dua kumpulan di hadapan sebuah restoran di Bukit Kangkar, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang dikenal pasti berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital akibat kecederaan di tangan, kaki dan belakang.
Video kejadian itu turut tular yang memaparkan mangsa memakai baju-T berwarna putih dan berseluar pendek dikejar tiga lelaki yang masing-masing membawa parang.
Bagaimanapun, mangsa gagal melarikan diri dan pada masa sama kedengaran teriakan mangsa meminta pertolongan sebelum tiga suspek dilihat beredar.
Orang awam yang berada di lokasi juga dilihat melarikan diri memasuki kenderaan masing-masing selepas melihat ketiga-tiga suspek membawa parang yang dibasahi darah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#ditetak
#Tangkak
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan