awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut langgar besi penghadang jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2021
01:34 MYT
Lelaki maut langgar besi penghadang jalan
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur di sini pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 11.59 tengah hari itu, mangsa berusia 41 tahun yang beralamat di Kapar, Klang meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Selangor.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang melalui jalan berselekoh gagal mengawal motosikal yang ditunggang lalu melanggar batu pembahagi jalan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Ramli berkata, motosikal terbabit kemudian terbabas ke kiri jalan dan telah melanggar besi penghadang jalan.
"Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Nahas
#penghadang jalan
#motosikal
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan