awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda

Aida Aziz
Aida Aziz
18/06/2024
21:15 MYT
Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda
Keadaan motosikal yang terlibat dalam nahas di Jalan Perindustrian Pengkalan. - Foto PDRM
IPOH: Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggang terbabas lalu merempuh papan tanda di pembahagi jalan sehingga tercabut di Jalan Perindustrian Pengkalan, di sini pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, dalam kemalangan berlaku sekitar jam 1.33 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan jalan raya berlaku apabila mangsa melalui Jalan Perindustrian Pengkalan menghala ke arah Batu Gajah.
"Mangsa terlanggar papan tanda yang terletak di pembahagi laluan jalan sehingga ia tercabut dan diseret motosikal ke bahu kiri jalan.
"Manakala mangsa tercampak dan jatuh meniarap di atas jalan raya dalam jarak lima meter dari tempat asal papan tanda," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.
Katanya lagi, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi proses bedah siasat.
Abang Zainal Abidin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan).
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao, di talian 016-8849163 atau tampil ke balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#papan tanda
#cedera
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan