awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika jolok buah mangga

Bernama
Bernama
08/06/2025
13:06 MYT
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika jolok buah mangga
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian
PAPAR: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menjolok buah mangga menggunakan sebatang besi di Kampung Bambangan di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada pukul 3.01 petang sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.
"Siasatan awal mendapati mangsa telah memanjat pokok mangga dan menggunakan sebatang besi untuk menjolok buah. Malangnya, besi tersebut terkena pada kabel elektrik berhampiran menyebabkan mangsa terkena renjatan dan tidak sedarkan diri di atas pokok," katanya ketika dihubungi pemberita.
Beliau berkata operasi menyelamat dijalankan selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan anggota bomba menggunakan tangga serta tali penyelamat untuk menurunkan mangsa.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang melibatkan lapan anggota dari BBP Papar itu tamat sepenuhnya pada pukul 4.29 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#jolok buah mangga
#bambangan
#Papar
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan