Lelaki mengaku bersalah cuba bunuh wanita di Kluang

Ei Jean Yee mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kluang atas pertuduhan cuba membunuh Ng Moy Koew, 48, pada 9.31 malam 4 Mac lepas di sebuah rumah di di Taman Muhibbah, Kluang. - Gambar Bernama
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh seorang wanita di sebuah rumah di Taman Muhibbah di sini, awal bulan ini.
Ei Jean Yee, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mujib Saroji.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa cuba membunuh Ng Moy Koew, 48, pada 9.31 malam 4 Mac lepas di sebuah rumah di Taman Muhibbah.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Mahkamah menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes, serahan laporan perubatan dan kimia serta mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan mental.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak ditawarkan sebarang jaminan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Razli.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
