awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tanggal pakaian, lari dari hospital sebelum terjun ke laut

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
06/04/2018
22:40 MYT
Lelaki tanggal pakaian, lari dari hospital sebelum terjun ke laut
Seorang lelaki yang sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu bertindak melarikan diri sebelum terjun ke laut dalam kejadian yang berlaku jam 9 malam pada Jumaat. -Gambar hiasan
Seorang lelaki yang sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bertindak melarikan diri sebelum terjun ke laut dalam kejadian yang berlaku jam 9 malam pada Jumaat.
Pesakit berkenaan, Wan Mohd Azren Wan Abdullah, 32 tahun, dipercayai mempunyai masalah mental.
Ketika kejadian, beberapa saksi memberitahu mereka mendengar jeritan sorang wanita sebelum melihat lelaki itu secara tiba-tiba bertindak melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital tersebut.
Wan Mohd Azren kemudian dilihat meninggalkan pakaiannya dan berlari ke arah Pantai Batu Burok sebelum terjun ke dalam laut.
Pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.
Gerakan mencari dan menyelamat disertai dua jentera bomba bersama 13 anggota termasuk Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikerah bagi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas.
Topic Berkaitan
#air
#bomba
#GERAKAN
#Hospital
#Kuala Terengganu
#lari
#lelaki
#lemas
#mangsa
#mental
#operasi
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan