awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok

Bernama
Bernama
30/01/2025
12:25 MYT
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Razarudin berkata suspek berusia 31 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek berusia 31 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.
"Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, Razarudin dilaporkan berkata tempoh reman lelaki berkenaan disambung tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat ini, selepas reman kali pertamanya tamat pada Selasa.
Sabtu lepas, media melaporkan polis menahan lelaki terbabit kerana disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap seorang pelawak popular berusia 54 tahun susulan hantaran di media sosial pelawak itu yang menyentuh isu ham.
Razarudin sebelum ini berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pengurus pelawak berkenaan Khamis lepas.
Media turut melaporkan polis telah mengambil keterangan pelawak itu selepas didakwa memuat naik hantaran ketika kontroversi status halal sandwic ham dan keju baru-baru ini yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#agama islam
#pelawak
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan