awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga India maut terjun hotel

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
03/07/2017
13:36 MYT
Lelaki warga India maut terjun hotel
Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan di lokasi kejadian oleh pegawai penyiasat mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah. - Gambar hiasan
Tidak tahan dengan masalah peribadi dan tekanan dari keluarga, seorang pelancong lelaki warganegara India nekad membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat 12 salah sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, lelaki yang dikenali sebagai Hitesh Oswal itu maut serta merta di lokasi kejadian setelah jatuh di tingkat lima hotel tersebut.
Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati mangsa yang berusia 25 tahun itu datang melancong dan menginap di hotel tersebut sejak tiga hari sebelum kejadian, bersama keluarga angkatnya.
Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan di lokasi kejadian oleh pegawai penyiasat mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.
Kedutaan India juga telah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut untuk urusan selanjutnya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#ACP M Chandra
#hotel
#India
#jatuh
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan