awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom Sungai Golok: PGA tingkat rondaan di pangkalan haram, lokasi titik panas - KPN

Faida Rahim
Faida Rahim
09/03/2025
07:00 MYT
Letupan bom Sungai Golok: PGA tingkat rondaan di pangkalan haram, lokasi titik panas - KPN
RAZARUDIN: Semua PGA sudah diarah mempertingkat rondaan di pangkalan haram dan kawasan 'hotspot' di sepanjang Sungai Golok bagi memastikan ia tidak dibolosi penjenayah.-Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Susulan insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand semalam, Pasukan Gerakan Am (PGA) diarahkan mempertingkatkan rondaan di pangkalan haram dan lokasi titik panas (hotspot) di sepanjang wilayah itu.

Ringkasan AI
  • Pasukan Gerakan Am (PGA) diarahkan mempertingkatkan rondaan di pangkalan haram dan lokasi titik panas di sepanjang Sungai Golok untuk mencegah kemasukan penjenayah ke Malaysia.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengarahkan setiap operatif PGA meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memantau keselamatan pos serta petugas selama 24 jam.
  • Insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok mengakibatkan dua sukarelawan polis maut dan lapan lagi cedera, namun tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau cedera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, arahan telah dikeluarkan kepada setiap operatif PGA untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan di sepanjang Sungai Golok.
Beliau ketika dihubungi memaklumkan, langkah itu bertujuan mencegah kemasukan penjenayah ke negara ini.
"Semua PGA sudah diarah mempertingkat rondaan di pangkalan haram dan kawasan 'hotspot' di sepanjang Sungai Golok bagi memastikan ia tidak dibolosi penjenayah.
"Kompeni komander juga diarah untuk memantau keselamatan pos dan petugas selama 24 jam," katanya.
Tambah Razarudin, Briged Tenggara dan Polis Kelantan sentiasa memantau keadaan di wilayah Narathiwat dan kawalan ketat dikuatkuasakan serta-merta sehingga situasi selamat.
Difahamkan, setakat ini tiada rakyat Malaysia atau dari Kelantan yang terbabit dan cedera.
Malam tadi, dua sukarelawan polis dilapor maut, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.
Serangan berlaku kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah selatan Thailand itu berbuka puasa.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#PGA
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan