awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Hospital Thailand terjejas teruk, terpaksa cari bekalan diesel untuk hidupkan generator
Piala Dunia 2026: Iran enggan bermain di AS, runding pindah venue ke Mexico
MIC belum buat keputusan muktamad sertai PN

Letupan misteri gegar masjid Indonesia

Astro AWANI
Astro AWANI
17/03/2026
04:57 MYT
Letupan misteri gegar masjid Indonesia
Pasukan keselamatan termasuk unit pemusnah bom telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar letupan. -Foto Antara News
Polis Indonesia sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian letupan misteri yang berlaku di sebuah masjid di perumahan Pesona Regency, daerah Patrang, ketika jemaah menunaikan solat sunat tarawih malam tadi.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan itu mengakibatkan kerosakan pada struktur bumbung dan almari buku masjid, selain mencetuskan panik dalam kalangan jemaah serta penduduk sekitar, lapor Antara News.
Menurut penjaga masjid, Muhammad Fadil, bunyi letupan yang sangat kuat itu turut didengari penduduk di kampung berhampiran sehingga menyebabkan jemaah bergegas keluar menyelamatkan diri.
"Letupan itu sangat kuat dan kedengaran sehingga ke kampung sebelah," kata Muhammad Fadil ketika ditemui awal pagi Selasa.
Dia menambah bahawa letupan tersebut berlaku berhampiran kawasan tempat wuduk lelaki, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali seorang mangsa yang mengalami gangguan pendengaran akibat impak bunyi tersebut.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Jember, Penolong Komisioner Angga Riatma, mengesahkan bahawa pasukan keselamatan termasuk unit pemusnah bom telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar letupan.
"Pihak polis telah mengawal kawasan kejadian dan memulakan siasatan bagi mencari punca letupan.
"Kami masih belum dapat menentukan puncanya dan sedang dalam proses menguruskan tempat kejadian," ujar beliau.
Pihak berkuasa turut mengarahkan pengurusan masjid menangguhkan sementara semua aktiviti keagamaan atas faktor keselamatan.
Penduduk setempat dinasihatkan agar bertenang dan tidak mendekati kawasan perimeter yang telah ditetapkan pihak polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Topic Berkaitan
#jember
#letupan masjid
#Pesona Regency
#tarawih
#Indonesia
#siasatan polis
#Angga Riatma
#kerosakan masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.