awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP

Bernama
Bernama
12/10/2017
12:57 MYT
Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP
Polis mengesahkan letupan di tapak pembinaan MRT itu berpunca daripada bom lama yang ditinggalkan ketika zaman Perang Dunia Kedua. - Gambar fail
Kementerian Kerja Raya akan menyiasat sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian letupan di tapak pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Malaysia baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemeriksaan itu akan dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada polis yang masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
"Kita perlu tunggu siasatan penuh sebelum Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masuk ke tapak untuk lihat apa yang berlaku.
"Kita mempunyai pelbagai teknologi untuk mengimbas dan mengesan keadaan bawah tanah bagi mengurangkan kerosakan pada kabel atau paip yang berada di bawah, ini SOP yang biasa dilakukan jika melibatkan kerja bawah tanah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) di sini, hari ini.
Dalam kejadian petang Selasa itu, seorang pekerja warga Bangladesh maut dan dua cedera.
Polis mengesahkan letupan di tapak pembinaan MRT itu berpunca daripada bom lama yang ditinggalkan ketika zaman Perang Dunia Kedua.
Fadillah menjelaskan kejadian seperti itu sukar dijangka kerana pelan lukisan keadaan bawah tanah sedia ada mungkin tidak sama dengan keadaan sebenar di bawah tanah.
"Kebiasaannya pihak pemaju akan mendapatkan pelan lukisan bawah tanah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memulakan pembinaan, tetapi apabila mereka berada di tapak pembinaan ia berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bandar malaysia
#bom
#Fadillah Yusof
#kerja raya
#MRT
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan