awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
Sultan Nazrin berangkat rasmi Istiadat Pembukaan Persidangan DUN Perak
Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LGM raih tujuh anugerah inovasi antarabangsa di MTE 2026

Bernama
Bernama
12/04/2026
06:06 MYT
LGM raih tujuh anugerah inovasi antarabangsa di MTE 2026
LGM menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti komitmennya dalam memacu transformasi industri getah negara ke arah kemampanan dan pendigitalan selaras dengan aspirasi global. - Gambar LGM
Lembaga Getah Malaysia (LGM) berjaya meraih tujuh anugerah inovasi antarabangsa pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2026 yang berlangsung pada 9-11 April, menerusi penyertaan dalam dua platform iaitu Public Service Innovation Asia (PSIA) dan International Innovation Awards (IIA).
Dalam kenyataan hari ini, LGM menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti komitmennya dalam memacu transformasi industri getah negara ke arah kemampanan dan pendigitalan selaras dengan aspirasi global.
Bagi kategori PSIA, LGM meraih dua Anugerah Emas menerusi sistem MSNR Trace dan aplikasi Malaysian Rubber Exchange (MRE) selain satu Anugerah Perak bagi RRIM RubberHub.
Menerusi kategori IIA, MSNR Trace turut meraih Anugerah Inovasi Terbaik serta Anugerah Emas, manakala RRIM RubberHub mendapat Anugerah Perak dan aplikasi MRE menerima Anugerah Gangsa.
LGM memaklumkan, MSNR Trace merupakan sistem jejak telus yang memantau rantaian bekalan getah dari ladang hingga ke produk akhir bagi memastikan pematuhan piawaian kemampanan global serta status bebas penebangan hutan.
Aplikasi MRE berfungsi sebagai platform digital rasmi pasaran getah dengan akses harga masa nyata serta memudahkan transaksi perdagangan.
“RRIM RubberHub merapatkan jurang antara penyelidikan dan pelaksanaan di ladang melalui pemindahan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil,” menurut LGM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LGM
#pekebun kecil
#platform digital
#Anugerah Gangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan