awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liputan media menyeluruh, pamer keunikan adat, sistem Raja Berperlembagaan - Fahmi

Bernama
Bernama
30/01/2024
03:00 MYT
Liputan media menyeluruh, pamer keunikan adat, sistem Raja Berperlembagaan - Fahmi
Liputan media bagi semua acara dan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat menyeluruh dan amat baik, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Liputan media bagi semua acara dan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat menyeluruh dan amat baik.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, liputan media arus perdana dan alternatif serta penggunaan platform media sosial membantu mempamerkan keunikan adat istiadat serta sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
Katanya, peranan media amat penting untuk menyebar luas peristiwa penting dan bersejarah untuk tatapan rakyat Malaysia serta di peringkat antarabangsa.
"Saya amat berpuas hati dan bangga dengan usaha rakan-rakan media untuk liputan semua acara sempena keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong... kita meraikan sistem Raja Berperlembagaan.
"Saya percaya kita (media) berjaya memainkan peranan masing-masing di media arus perdana dan alternatif, malah kita lihat pelbagai kandungan di media sosial (berkaitan acara keberangkatan balik Seri Paduka)...syabas dan terima kasih warga media," katanya kepada Bernama di Dataran Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Agong Kita
#Istiadat Keberangkatan Pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan