awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
Sultan Nazrin berangkat rasmi Istiadat Pembukaan Persidangan DUN Perak
Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Literasi kesihatan mental rakyat Malaysia masih rendah - KKM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/10/2023
06:43 MYT
Literasi kesihatan mental rakyat Malaysia masih rendah - KKM
Dr Zaliha menegaskan, intervensi awal perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan golongan tersebut terdedah kepada risiko yang lebih buruk seperti membunuh diri.
KUALA LUMPUR: Literasi kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan peningkatan penyakit itu membabitkan kanak-kanak dan remaja adalah membimbangkan, terutamanya selepas pascapandemik COVID-19.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menegaskan, intervensi awal perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan golongan tersebut terdedah kepada risiko yang lebih buruk seperti membunuh diri.
"Sebab itu kita melaksanakan program-program (Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023) seperti ini supaya rakyat lebih tahu dan khususnya selepas pandemik COVID-19.
"Saya sebut tadi berkenaan kesihatan mental khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat dan ini perkembangan membimbangkan sebab kita tahu anak-anak dan remaja ini masa depan kepada Malaysia
"Jadi kita kena buat intervensi yang cepat untuk memastikan anak-anak kita tidak ke peringkat yang lebih teruk sebagai contoh membunuh diri dan sebagainya. Jika kita dapat melaksanakan intervensi awal, itu yang terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Kesedaran Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan di Damansara, pada Ahad.
Ditanya mengenai kaedah KKM dalam mendekati golongan kanak-kanak dan remaja bagi meningkatkan literasi kesihatan mental, Dr Zaliha berkata, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan beberapa agensi.
Justeru, dalam usaha meningkatkan kesedaran serta menangani stigma serta diskriminasi terhadap golongan itu, kempen “Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma” telah dilancarkan.
Turut dilancarkan, dua modul latihan iaitu ‘Training Module on Suicide Prevention First Responders’ dan Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial.
Modul berkenaan dibangunkan untuk melatih petugas kesihatan seperti pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan dan paramedik di klinik kesihatan seluruh negara.
Topic Berkaitan
#KKM
#kesihatan mental
#Dr Zaliha Mustafa
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan