awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS

Bernama
Bernama
06/03/2026
13:23 MYT
Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS
Loke ketika ditemui pengamal media pada Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Komuniti Coral Height Sikamat hari ini. - Gambar Bernama
Banjir kilat luar biasa berlaku di Kilometer (KM) 287 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Nilai semalam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, sekali gus menuntut pelan kontingensi serta kajian menyeluruh.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata situasi itu memerlukan tindakan segera daripada pengendali lebuh raya bagi memastikan infrastruktur mampu menampung perubahan cuaca serta pembangunan di sekitarnya.

“Saya percaya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS sudah tentu mengambil langkah susulan. Memang terdapat projek baharu di sepanjang lebuh raya yang sedang diterokai dan dibangunkan.

“Jika itu menjadi punca berlakunya banjir kilat, pihak pemaju dan kontraktor perlu mengambil tanggungjawab masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM275,000 kepada 35 masjid dan 160 surau di bawah Parlimen Seremban serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.

Dalam pada itu, Loke berkata kejadian banjir di lebuh raya bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna, malah turut membawa risiko keselamatan yang serius.

Semalam, hujan lebat berterusan pada sebelah petang menyebabkan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai dilanda banjir kilat sehingga air melimpah masuk ke ruang makan premis di kawasan itu.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan air berwarna coklat mengalir deras, menenggelami sebahagian kawasan tempat makan, laluan pejalan kaki serta parkir berhampiran hentian rehat berkenaan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#banjir kilat
#PLUS
#langkah susulan
#Perubahan Cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan