awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori 10 tan rempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat di Nilai

Bernama
Bernama
29/04/2022
15:54 MYT
Lori 10 tan rempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat di Nilai
Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar petang tadi. - Foto BERNAMA
NILAI: Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian pada 5.50 petang itu berlaku apabila lori terbabit, yang dipandu seorang lelaki berumur 26 tahun dan dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Beranang, Selangor, mengalami masalah brek sehingga hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar deretan kereta di lampu isyarat merah.
"Akibat kemalangan itu, seorang pemandu kereta mengalami kecederaan ringan iaitu luka di kepala. Bagaimanapun, pemandu lori dan pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini
Beliau berkata keputusan ujian air kencing pemandu lori didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis menasihati orang awam agar memandu dalam keadaan selamat dan patuh kepada kelajuan ditetapkan terutama ketika musim perayaan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lori
#muatan kertas gulung
#rempuh kereta
#Jalan Persiaran Pusat Bandar
#nilai
#Akta Pengangkutan Jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan