awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori tangki minyak meletup, seorang rentung dalam nahas di Bintulu

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2017
08:25 MYT
Lori tangki minyak meletup, seorang rentung dalam nahas di Bintulu
Akibat kebakaran lori tangki minyak tersebut, lima kenderaan dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan turut terbakar. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak terbakar dan meletup menyebabkan seorang maut dalam nahas yang berlaku di hadapan Bintulu Medical Centre, Jalan Kidurong di sini pagi tadi.
Menurut seorang jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, dalam kejadian 11.45 pagi itu, lori terbabit dipercayai telah merempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner sehingga menyebabkan kebakaran sebelum meletup.
Akibat kebakaran lori tangki minyak tersebut, lima kenderaan dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan turut terbakar.
"Kebakaran melibatkan sebuah lori tangki minyak, lima buah kereta dan sebuah motosikal. Setakat ini hanya seorang sahaja mangsa disahkan rentung.
"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan." katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sewaktu kejadian, lori tangki minyak itu dari arah Kidurong menuju ke Tanjung Batu dan dikatakan dipandu dalam keadaan laju.
Semasa hendak membelok, lori tersebut dipercayai terlanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan lori tumbang lalu menyebabkan muatan lori tersebut meletup.
Mayat mangsa yang rentung ditemui di bawah sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Fortuner yang terletak bersebelahan dengan lori tersebut.
Topic Berkaitan
#Bintulu
#bomba
#kebakaran
#kemalangan
#lori tangki
#mangsa
#maut
#mayat
#minyak
#Nahas
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan