awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia
Zara Qairina tidak sedarkan diri namun masih bernafas ketika perjalanan ke hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT Laluan Mutiara: Pengambilan tanah fasa awal giat dilaksana - Loke

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
08:56 MYT
LRT Laluan Mutiara: Pengambilan tanah fasa awal giat dilaksana - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berucap pada Majlis Penyerahan Tapak Pesta Sungai Nibong antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara hari ini. - Fo
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara menunjukkan perkembangan positif apabila proses pengambilan tanah bagi Segmen Satu dan Dua kini sedang giat dilaksanakan secara berperingkat, sekali gus mencerminkan kemajuan berterusan dalam pelaksanaan projek pengangkutan awam berimpak tinggi di Pulau Pinang.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bagi Segmen Satu yang melibatkan jajaran Permatang Damar Laut hingga Macallum, sebanyak 61 lot tanah milik persendirian telah selesai melalui proses pendengaran tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
“Sehingga kini, pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Pulau Pinang telah mengeluarkan 41 Borang H dan pihak MRT Corp telah menyelesaikan bayaran pampasan kepada 39 lot tanah.
“Pihak JKPTG Pulau Pinang juga telah mengeluarkan 14 Borang K bagi tujuan serahan tapak kepada kontraktor dan proses ini dijangka selesai pada Jun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tapak Pesta Sungai Nibong antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Tapak pesta Sungai Nibong di sini, hari ini.
Terdahulu, Loke dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyaksikan simbolik penyerahan replika kunci yang disempurnakan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Datuk Zairi Mat Ali kepada Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Zarif Hashim.
Sementara itu, Loke memaklumkan sebanyak 38 lot tanah persendirian telah dikenal pasti untuk proses pengambilan tanah bagi Segmen Dua, melibatkan jajaran Macallum hingga Penang Sentral dan MRT Corp menjangkakan pewartaan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960, akan dapat dilaksanakan pada Julai ini sebelum kerja kemasukan tapak bermula menjelang 2027.
“Bagi kawasan yang telah diperoleh, kerja-kerja awal projek sudah dimulakan manakala proses reka bentuk turut berjalan serentak,” katanya.
Loke berkata kemajuan fizikal projek kini semakin jelas kelihatan pada sepanjang jajaran pembinaan apabila kerja-kerja pembinaan tiang jejambat atau “pier” telah dimulakan di beberapa lokasi.
Dalam pada itu, beliau berkata sesi Pemeriksaan Awam bagi sambungan jajaran Komtar-Penang Sentral sedang berlangsung di beberapa lokasi strategik di Pulau Pinang dengan lebih 16,000 maklum balas diterima daripada orang awam, dengan 99 peratus responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Laluan Mutiara setakat ini.
LRT Laluan Mutiara, yang memulakan pembinaan pada 2025 dan dijangka beroperasi pada Disember 2031 akan merentasi kira-kira 29.67 kilometer (km) dengan 20 stesen serta dua stesen sementara.
Ia turut merangkumi jejambat merentasi laut antara Pulau Pinang dan tanah besar, yang dijangka mengambil masa hanya kira-kira lapan minit, berbanding 82 minit memandu semasa waktu puncak.
Projek LRT Laluan Mutiara melibatkan pembinaan laluan sepanjang 29.5km dengan 21 stesen strategik, yang direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta menambah baik tahap ketercapaian pengangkutan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT Laluan Mutiara
#pengambilan tanah
#Anthony Loke
#MRT Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan