awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT3 Shah Alam dijangka beroperasi sebelum Jun - Loke

Bernama
Bernama
23/02/2026
04:54 MYT
LRT3 Shah Alam dijangka beroperasi sebelum Jun - Loke
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini. - Gambar fail/Bernama
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini, selepas semua proses ujian, pentauliahan serta penyelesaian isu teknikal disiapkan dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini dua kumpulan tren melibatkan 14 daripada 22 tren telah selesai menjalani ujian larian tanpa gagal (FFR) manakala satu lagi kumpulan merangkumi lapan tren masih dalam proses menjalani ujian berkenaan selama 22 hari.
"Setakat semalam masih terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan dan selepas ujian FFR ini dijalankan terhadap semua tren ini, maka proses seterusnya ialah ujian dan pentauliahan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
"Semuanya dijangka disiapkan dalam masa satu hingga dua bulan akan datang. Jadi jadual baharu yang diletakkan sebagai sasaran ialah pada Mac tahun ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai jaminan tarikh baharu projek itu dapat disiapkan selepas beberapa kali mengalami penangguhan.
Loke berkata pada masa sama Prasarana Malaysia Berhad sedang mempercepat penyiapan projek dan semua ujian berkaitan supaya laluan itu dapat dibuka lebih awal daripada bulan Jun.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menafikan kelewatan pengoperasian LRT3 berkait dengan langkah rasionalisasi kos projek, sebaliknya berpunca daripada isu teknikal yang timbul semasa fasa ujian sistem.
"Apa yang berlaku sekarang ialah isu teknikal, bukannya isu pengurangan kos. Langkah pengurangan kos sebelum ini telah mengambil kira pelbagai faktor termasuk mekanisme pelaksanaan projek.
"Ketika itu terdapat stesen yang dikurangkan bagi menjimatkan kos. Namun apa yang berlaku sekarang tidak mempunyai kaitan langsung dengan keputusan rasionalisasi kos atau kaedah pelaksanaan projek pada 2018," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosni Sohar yang ingin mengetahui sama ada pengurangan kos dan skop projek menyumbang kepada kelewatan projek berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT3
#Anthony Loke
#Dewan Rakyat
#mula beroperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan