awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tangguh PRN Johor, Melaka pandangan peribadi, bukan pendirian BN - Ahmad Zahid
Malaysia kekal pendirian bebas, berani nyata kebenaran di peringkat global - Anwar
MIC masih kekal parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTSIP berpotensi jadi hab serantau strategik termasuk pasaran Selatan Thailand - PM Anwar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/04/2026
03:49 MYT
LTSIP berpotensi jadi hab serantau strategik termasuk pasaran Selatan Thailand - PM Anwar
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) berpotensi diangkat sebagai hab serantau yang strategik termasuk bagi pasaran Selatan Thailand, kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar Bernama
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) berpotensi diangkat sebagai hab serantau yang strategik termasuk bagi pasaran Selatan Thailand, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, melalui perancangan strategik yang tepat, pembukaan jaringan pengangkutan antarabangsa dari LTSIP ke bandar-bandar utama seperti Singapura, Jakarta (Indonesia) dan Bangkok (Thailand) bakal membawa limpahan manfaat ekonomi yang besar kepada Kelantan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan lebih terbuka dalam menyokong pembangunan infrastruktur pengangkutan sedemikian bukan sahaja memberi kelebihan kepada rakyat tempatan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh.
"Selain daripada memenuhi keperluan rakyat yang memanfaatkan kemudahan ini, ia adalah satu keperluan untuk kita meningkatkan kegiatan ekonomi, perdagangan, dan pelancongan.
"Potensi yang ada pada Kelantan tidak mungkin terpinggir atau terabai jika kita memberikan sedikit perhatian dan tumpuan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian terminal baharu LTSIP, di sini, hari ini.
Anwar berkata, langkah proaktif itu dijangka merancakkan lagi ekonomi tempatan, sekali gus meletakkan Kelantan di landasan tepat untuk terus maju seiring dengan arus pembangunan negara.
Beliau turut memuji kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan kelancaran serta kejayaan projek LTSIP yang bernilai RM440 juta.
Perdana Menteri menjelaskan, projek berskala besar itu, yang menelan belanja hampir setengah bilion ringgit sekiranya mengambil kira kos pemanjangan landasan, tetap diteruskan atas faktor nilai strategiknya kepada negara meskipun berdepan kekangan ekonomi semasa ia diputuskan dilaksanakan.
Anwar berkata, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan realistik dalam merangka pembangunan negara dengan mengetepikan sebarang perbezaan pandangan sekiranya ia membawa manfaat kepada rakyat.
"Meskipun ada pandangan-pandangan di sebaliknya, kita (kerajaan) mengambil pendekatan yang sangat realistik. Apabila ada keperluan dan rundingan yang baik, kita teruskan,” kata beliau.
"Sebab itu bagi pihak Kerajaan Persekutuan, saya ingin merakamkan penghargaan kepada sahabat saya, Menteri Besar (Datuk Mohd Nassuruddin Daud) kerana mengerahkan seluruh jentera kerajaan negeri memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan projek ini," kata beliau.
Dalam pada itu, Anwar berkata kejayaan menyiapkan kemudahan infrastruktur berkenaan hanyalah langkah permulaan dan tidak seharusnya terhenti setakat membina “gedung-gedung yang indah”.
Beliau turut menggesa jentera Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri agar proaktif menyusun langkah susulan bagi mengoptimumkan kemudahan sedia ada menerusi sinergi pelbagai sektor penting termasuk perdagangan, pelaburan, pengangkutan, pelancongan serta pertanian.
"Sebab itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa keperluan kita berikutnya ialah tindakan susulan, sepertimana kita sering adakan perjumpaan dan mesyuarat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri," kata Anwar.
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) atas pembangunan LTSIP yang disifatkan beliau sebagai sebuah lapangan terbang yang luar biasa.
"Lapangan terbang ini antara yang indah, moden dan mempunyai seni. Kalau hendak lihat lapangan terbang dengan seni Islam dan seni Melayunya, datanglah ke Kota Bharu,” kata beliau.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Mohd Nassuruddin.
LTSIP dilengkapi lebih 20 kaunter penerbangan, kemudahan parkir bertingkat, laluan khas pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang parkir pesawat serta sistem operasi tanpa tunai bagi meningkatkan kecekapan dan keselesaan penumpang.
Lapangan terbang itu dijangka mampu menampung hingga empat juta penumpang setahun berbanding kapasiti 1.5 juta sebelum ini.
Selain peningkatan kapasiti, terminal turut diperluas daripada 12,000 kepada 36,000 meter persegi dengan susun atur baharu yang memisahkan balai berlepas di tingkat atas dan ruang ketibaan di tingkat bawah bagi mengurangkan kesesakan.
Jumlah parkir pesawat (apron) juga ditambah kepada 11 berbanding lima unit sebelum ini, manakala ruang letak kenderaan menyediakan kira-kira 1,300 lot berbanding hanya 350 lot sebelum proses naik taraf dilaksanakan.
Kemudahan itu dijangka memudahkan urusan penghantaran dan pengambilan penumpang, khususnya ketika musim puncak seperti perayaan Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTSIP
#lapangan terbang domestik
#hab serantau
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan