awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua menteri utama Peru berundur selepas presiden tangguh pembelian jet F‑16
Konflik Asia Barat: Iran salahkan sekatan Trump punca kebuntuan diplomatik
Punca kematian remaja ditemui dalam kereta penyanyi D4vd didedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubnan tegaskan tindakan undang-undang susulan pembunuhan wartawan

Astro AWANI
Astro AWANI
22/04/2026
22:47 MYT
Lubnan tegaskan tindakan undang-undang susulan pembunuhan wartawan
Salam menegaskan kerajaan Lubnan tidak akan berdiam diri dan akan berusaha memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. - Foto REUTERS
Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, mengecam pembunuhan wartawan Amal Khalil, menyifatkan tindakan menyasarkan beliau serta menghalang pasukan penyelamat daripada membantu sebagai satu “jenayah perang terang-terangan”.
Dalam satu hantaran di platform X, Salam berkata serangan Israel terhadap pengamal media di selatan Lubnan ketika mereka menjalankan tugas profesional tidak lagi boleh dianggap sebagai insiden terpencil.
“Tindakan Israel menyasarkan profesional media di Selatan ketika mereka melaksanakan tugas kewartawanan tidak lagi boleh dilihat sebagai siri kejadian berasingan.
"Sebaliknya, ia telah menjadi satu corak yang terbukti, yang kami kecam dan tolak sepenuhnya, seperti mana ia dikecam dan ditolak oleh semua undang-undang serta norma antarabangsa,” katanya.
Salam menegaskan kerajaan Lubnan tidak akan berdiam diri dan akan berusaha memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
“Lubnan komited untuk mengheret pelaku jenayah ini ke muka pengadilan antarabangsa melalui semua mekanisme yang berkaitan,” tambahnya.
Kenyataan itu dibuat ketika desakan semakin meningkat daripada kumpulan hak asasi manusia agar kerajaan Lubnan menyertai Statut Rom dan merujuk dakwaan pelanggaran oleh Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Pembunuhan Amal Khalil mencetuskan kecaman meluas daripada organisasi media dan pertubuhan hak asasi, sekali gus menimbulkan semula kebimbangan terhadap keselamatan wartawan yang membuat liputan di kawasan konflik di Lubnan selatan.
Topic Berkaitan
#Nawaf Salam
#Amal Khalil
#Pembunuhan
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan