awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luruan monsun, cuaca tekanan rendah dijangka sebabkan hujan berterusan - MetMalaysia

Bernama
Bernama
26/12/2021
10:07 MYT
Luruan monsun, cuaca tekanan rendah dijangka sebabkan hujan berterusan - MetMalaysia
Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Pantai Timur di Semenanjung pada 27 Dis hingga 2 Jan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan akan berlakunya luruan monsun pada esok hingga 2 Jan tahun depan dan pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.
Menurut hantaran di Facebook rasmi MetMalaysia hari ini, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah pada 27 Dis hingga 2 Jan dan di barat Sarawak pada 29 hingga 31 Dis ini.
Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Dis hingga 2 Jan.
Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Pantai Timur di Semenanjung pada 27 Dis hingga 2 Jan.
MetMalaysia mengeluarkan ramalan itu berdasarkan analisis model METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#monsun timur laut
#tekanan rendah
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan