awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MA63 asas kembalikan 1/3 kerusi parlimen kepada Sarawak dan Sabah - Hasidah

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
20/02/2022
07:41 MYT
MA63 asas kembalikan 1/3 kerusi parlimen kepada Sarawak dan Sabah - Hasidah
Jelas Hasidah selepas keluar daripada Malaysia, kesemua 15 kerusi parlimen Singapura diserahkan kepada Persekutuan Tanah Melayu tanpa dibahagi kepada Sabah dan Sarawak. - Astro AWANI
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan terus mengintai usaha untuk mengembalikan komposisi satu pertiga kerusi Sarawak dan Sabah di Dewan Rakyat seperti yang termaktub semasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, tuntutan itu wajar bagi mengembalikan hak berkenaan yang terhakis semasa Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965.
“Memang ini merupakan komposisi yang telah termaktub di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang menyatakan bahawa dahulu sebelum Singapura keluar dari Malaysia, komposisi kita sepatutnya satu pertiga di dalam Parlimen.
“Namun selepas itu, jumlah ini sekarang berkurangan, jadi inilah hak kita yang kita mahukan semula supaya lebih ramai lagi wakil-wakil rakyat kita (Sarawak dan Sabah) berada di dalam Parlimen, perkara ini jelas dinyatakan menerusi Laporan IGC selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penutupan Program “Let’a Talk With Wanita PEMADAM” di Pustaka Negeri Sarawak pada Ahad.
Sebelum Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, komposisi Ahli Parlimen di Semenanjung Malaysia kurang daripada dua pertiga mengakibatkan kesemua 15 kerusi Parlimen Singapura ketika itu diserahkan kepada Persekutuan Tanah Melayu tanpa dibahagi kepada Sabah dan Sarawak
Komposisi Dewan Rakyat di Malaysia terdiri daripada 222 kerusi Ahli Parlimen melibatkan 166 kerusi di Semenanjung Malaysia, 31 kerusi di Sarawak dan 25 kerusi di Sabah.
Kali terakhir urusan persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003, yang mana bahagian-bahagian pilihan raya yang diluluskan pada masa itu telah digunakan dalam tiga pilihan raya umum iaitu pada 2004, 2008 dan 2013.
Sementara itu Hasidah turut memaklumkan, pewartaan RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 15 Februari lalu akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu ini.
“Pewartaan akan dilaksanakan dengan kadar segera, kita (Kerajaan Negeri) sedang menguruskan perkara ini di bawah Setiausaha Negeri dalam tempoh dua minggu ini, selepas diwartakan semua pindaan yang dibuat boleh berkuatkuasa,” katanya.
DUN Sarawak telah meluluskan RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 melibatkan beberapa aspek khasnya perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sarawak menggantikan terma Ketua Menteri kepada "Premier'.
Topic Berkaitan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
#Sabah dan Sarawak
#kerusi Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan