awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti

Bernama
Bernama
05/02/2025
15:17 MYT
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
KUALA LUMPUR: Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
MAHAR yang berpangkalan di Kuala Lumpur berkata rancangan itu adalah "pelanggaran yang jelas terhadap hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa, dan maruah asas rakyat Palestin."
"Pemindahan paksa rakyat Palestin bukan hanya satu isu untuk mereka sahaja - ia adalah krisis kemanusiaan yang harus ditentang oleh seluruh dunia. Kita tidak boleh membiarkan sejarah mengulangi babak gelapnya, dan menjadi tanggungjawab bersama kita untuk memastikan keadilan ditegakkan," kata Penasihat MAHAR, Nurul Izzah Anwar, dalam satu kenyataan pada Rabu (5 Feb).
"Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan sokongan kepada Palestin, menuntut pertanggungjawaban daripada mereka yang bertanggungjawab atas kekejaman ini, dan berusaha ke arah masa depan iaitu rakyat Palestin boleh hidup dengan bermaruah, selamat, dan bebas di tanah air mereka yang sah," tegasnya.
MAHAR menyatakan bahawa pemindahan paksa mana-mana komuniti adalah tidak boleh diterima dan tindakan ini langsung mengabaikan hak sejarah mereka, seterusnya memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki.
Pengambilan wilayah secara paksa oleh mana-mana negara ke atas wilayah yang berdaulat, adalah pelanggaran langsung terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip integriti wilayah, tambahnya.
"Tindakan sebegini merosakkan hak negara untuk penentuan nasib sendiri dan kedaulatan, serta menambah ketidakstabilan dan konflik," menurut MAHAR.
MAHAR menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak mutlak terhadap tanah air mereka dan penentuan nasib sendiri.
"Sebarang usaha untuk memindahkan atau mengusir mereka secara paksa mesti ditentang secara tegas oleh masyarakat antarabangsa.
"Rancangan ini bukan sahaja tidak adil tetapi juga memperdalam penindasan dan penderitaan terhadap rakyat Palestin yang telah lama mengalami kekejaman," menurutnya.
MAHAR berdiri teguh dalam solidariti bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk keadilan, kedaulatan, dan keamanan.
"Kami menyeru pemimpin dunia, badan antarabangsa, dan organisasi hak asasi manusia untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan pemindahan paksa ini dan menegakkan prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia," menurutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecam
#rancangan pemindahan rakyat Palestin
#Donald Trump
#MAHAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan