awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Agung AS akan dengar kes cabar usaha Trump tamatkan perlindungan migran

Bernama
Bernama
17/03/2026
08:25 MYT
Mahkamah Agung AS akan dengar kes cabar usaha Trump tamatkan perlindungan migran
Pentadbiran Trump memfailkan rayuan kecemasan selepas mahkamah rendah menyekat penamatan segera status perlindungan sementara bagi kira-kira 350,000 rakyat Haiti dan 6,000 rakyat Syria. - AP
Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mendengar kes mencabar usaha pentadbiran Trump menamatkan perlindungan sementara bagi pendatang dari negara seperti Haiti dan Syria, yang menurut plaintif boleh memaksa mereka kembali ke keadaan tidak selamat.
Hakim pada Isnin menolak untuk segera menarik perlindungan bagi ratusan ribu orang, membolehkan mereka terus tinggal dan bekerja secara sah di AS buat masa ini, lapor Anadolu Ajansi.
Mahkamah sebelum ini memihak kepada pentadbiran Trump, membenarkan penamatan perlindungan serupa untuk kira-kira 600,000 rakyat Venezuela semasa cabaran undang-undang yang masih berjalan, mendedahkan mereka kepada kemungkinan pengusiran.
Pentadbiran Trump memfailkan rayuan kecemasan selepas mahkamah rendah menyekat penamatan segera status perlindungan sementara bagi kira-kira 350,000 rakyat Haiti dan 6,000 rakyat Syria.
Mahkamah rendah memutuskan untuk migran berkenaan dan menghentikan sementara penamatan status perlindungan mereka, mendorong kerajaan untuk memohon pembatalan perlindungan itu di Mahkamah Agung, yang pada Isnin memaklumkan akan mendengar hujah pada minggu kedua April.
Bermula Mei 2025, Mahkamah Agung telah dua kali membenarkan pentadbiran Trump menamatkan perlindungan untuk ratusan ribu rakyat Venezuela namun kes Syria dan Haiti menjadi kali pertama dalam penggal kedua Trump bahawa ia akan meneliti merit pembatalan status perlindungan sementara itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#AS
#Mahkamah Agung AS
#migran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan