awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2

Bernama
Bernama
10/07/2014
09:58 MYT
Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2
Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2
Mahkamah Rayuan di sini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM250,000 kepada RM80,000 untuk dibayar oleh Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan empat yang lain kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua, Nurullah Zawawi dan suaminya berhubung laporan berunsur fitnah dalam rancangan Melodi, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, yang mempengerusikan panel tiga hakim, hari ini membenarkan sebahagian daripada rayuan oleh pihak perayu mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.
Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mencapai keputusan itu selepas memutuskan bahawa aduan pernyataan fitnah oleh Nurullah, 32 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad, 31, hanya membentuk sebahagian kecil dalam program hiburan yang disiarkan oleh stesen televisyen itu.
Zaharah berkata hakim Mahkamah Tinggi juga telah mendapati tiada niat jahat dalam laporan program tersebut.
Pasangan itu, selaku plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan pada 5 Sept 2011 dengan mendakwa saluran televisyen itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, 26 Jun tahun sama menyiarkan fitnah mengenai status perkahwinan serta hal ehwal peribadi mereka melalui rancangan Melodi.
Selain TV3, mereka menamakan penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, wartawan hiburan, Michelle Wee Lili, syarikat ALT Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurullah, Bustamam Zawawi sebagai defendan. Pada 20 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pihak perayu membayar ganti rugi RM250,000 kepada pasangan itu.
Pihak perayu diwakili peguam T.H. Liew manakala Nadzarin Wok Nordin mewakili pasangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Nurul
#Sistem Televisyen Malaysia Bhd
#tv3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan