awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Khalid Samad

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2017
09:16 MYT
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Khalid Samad
Rayuan Khalid Samad untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
Rayuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini.
Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak permohonan tersebut kerana tidak sah selain tidak mempunyai merit, lapor Malaysiakini.
"Mahkamah Syariah juga telah memutuskan Khalid bersalah. Jadi, kenapa nak bawa lagi ke Mahkamah Persekutuan?" soal Md Raus seperti dilaporkan portal tersebut.
Menurut beliau Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa seseorang menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya secara jelas menyatakan bahawa tauliah diperlukan untuk membuat ceramah.
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa peruntukan dalam enakmen itu tidak mengikut perlembagaan negara.
November lalu, Mahkamah Rayuan menolak perohonan Khalid untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman mencabar keperlembagaan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003.
Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bahawa perkara itu sepatutnya dikemukakan terus ke Mahkamah Persekutuan dan ia tidak seharusnya difailkan dengan cara semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
Sebelum itu, Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan Khalid disabitkan bersalah dan didenda RM2,900 atau tiga bulan penjara.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan yang membabitkan penjara satu tahun atau denda melebihi RM2,000.
Topic Berkaitan
#Enakmen Pentadbiran Agama Islam
#Khalid Samad
#Mahkamah Rayuan
#semakan kehakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan