awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS perkenal rang undang-undang tuntut keadilan untuk Hind Rajab
Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal penembak didakwa membunuh
Rafizi kini liabiliti kepada PH, politik negara - Tajudin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tetapkan 14 April keputusan representasi dua syarikat klinik tidak berdaftar

World Economic Forum
World Economic Forum
13/03/2026
03:17 MYT
Mahkamah tetapkan 14 April keputusan representasi dua syarikat klinik tidak berdaftar
Pihak pendakwaan memerlukan masa untuk mendapatkan arahan lanjut berhubung representasi yang dikemukakan pihak pembelaan. - Gambar hiasan
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 April depan sebagai tarikh keputusan representasi kes Kementerian Kesihatan (KKM) menyaman dua syarikat atas tuduhan menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta tidak berdaftar.
​Hakim Irwan Suainbon menetapkan tarikh itu selepas pegawai pendakwa KKM Dr Mohd Fikri Mohammad Fishoul memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa untuk mendapatkan arahan lanjut berhubung representasi yang dikemukakan pihak pembelaan.
​Terdahulu, peguam V. Parthipan yang mewakili Orang Kena Saman (OKS) kedua, Akademi Latihan CTA Sdn Bhd, memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya menyerahkan surat representasi pada 4 Mac lepas namun terdapat percanggahan dalam representasi dikemukakan sebelum ini dan pihaknya perlu mengemukakan representasi baharu.
Parthipan berkata pihaknya juga akan mengemukakan representasi berasingan bagi OKS pertama, iaitu syarikat RR Beaute Solution Sdn Bhd, memandangkan terdapat perbezaan fakta kes antara kedua-dua syarikat berkenaan.
Sebelum ini, kedua-dua syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta tanpa pendaftaran yang sah di sebuah premis di Jalan Rangoon di sini, pada 22 Okt 2024.
​Jika sabit kesalahan, syarikat terbabit boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000.
​-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#saman
#klinik tidak berdaftar
#representasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan