awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak saman keluarga mendiang Soosaimanicckam

Bernama
Bernama
17/12/2024
06:15 MYT
Mahkamah tolak saman keluarga mendiang Soosaimanicckam
Menerusi saman yang difailkan pada 19 Mei 2021, keluarga Soosaimanicckam mendakwa kecuaian berlaku di pihak defendan kerana gagal memberi rawatan kecemasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) J. Soosaimanicckam hari ini gagal dalam tuntutan saman terhadap 11 individu termasuk pegawai TLDM dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia.

Ringkasan AI
  • Keluarga mendiang J. Soosaimanicckam gagal dalam tuntutan saman terhadap 11 individu termasuk pegawai TLDM dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia.
  • Mahkamah memutuskan tuntutan ditolak setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti dokumen yang difailkan, dengan keputusan disampaikan melalui e-mel.
  • Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan kematian Soosaimanicckam sebagai kes homisid akibat tindakan pegawai TLDM yang menafikan rawatan perubatan.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili bapa mendiang S. Joseph berkata Hakim Idah Ismail menolak saman itu dengan kos RM10,000.
"Setelah mendengar keterangan saksi-saksi plaintif dan defendan-defendan serta meneliti dokumen difailkan oleh pihak-pihak, mahkamah memutuskan dengan imbangan keberangkalian dan berpuas hati tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan ditolak.
"Oleh itu, plaintif perlu membayar kos RM10,000 kepada kesemua defendan," kata Latheefa ketika dihubungi Bernama selepas keputusan yang disampaikan menerusi e-mel hari ini.
Sementara itu Latheefa berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Kesemua defendan diwakili Peguam Persekutuan (FC) Abdul Hakim Abdul Karim.
Lapan saksi plaintif termasuk dua abang kandung Soosaimanicckam serta sembilan saksi defendan memberi keterangan pada perbicaraan kes yang bermula pada 8 Mac lepas.
Saman itu difailkan Joseph selaku plaintif terhadap 11 individu termasuk pegawai TLDM, Panglima TLDM, Majlis Angkatan Tentera Malaysia, Menteri Pertahanan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ke-15 atas dakwaan cuai.
Menerusi saman yang difailkan pada 19 Mei 2021, keluarga Soosaimanicckam mendakwa kecuaian berlaku di pihak defendan kerana gagal memberi rawatan kecemasan apabila pegawai kadet itu rebah pada hari kejadian dan cuai dalam memantau kesejahteraan serta kesihatannya semasa sesi latihan.
Pada 29 Julai lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan kematian Soosaimanicckam sebagai kes homisid dan punca kematian mangsa adalah akibat langsung daripada tindakan pegawai TLDM bertanggungjawab bagi latihan kadet, yang menafikan rawatan perubatan kepadanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai kadet TLDM
#J Soosaimanicckam
#saman ditolak
#Majlis Angkatan Tentera Malaysia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan