awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airports sahkan pengambilalihan Subang oleh entiti swasta

Bernama
Bernama
06/05/2021
15:43 MYT
Malaysia Airports sahkan pengambilalihan Subang oleh entiti swasta
Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai pembangunan lapangan terbang baharu atau mengambil alih lapangan terbang sedia ada.
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai pembangunan lapangan terbang baharu atau mengambil alih lapangan terbang sedia ada.
"Ini telah berlaku beberapa kali sebelum ini dan sebagai sebahagian daripada proses itu, kerajaan akan mendapatkan input daripada kami mengenai perkara itu.
"Bersama-sama dengan Malaysia Aviation Group, kami telah memberikan pandangan awal kami," menurut pengendali lapangan terbang itu hari ini.
Kenyataan itu dibuat susulan laporan berita yang tersebar mengenai pengambilalihan lapangan terbang Subang oleh sebuah entiti perniagaan swasta.
"Buat masa sekarang, kami belum diberikan butiran cadangan itu lagi dan belum ada perbincangan yang diadakan dengan kerajaan mengenai butirannya," kata Malaysia Airports.
Ia juga menekankan betapa penting untuk mendapatkan pandangan daripada pengawal selia seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airports Holdings Bhd
#MAHB
#lapangan terbang Subang
#entiti swasta
#Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan