awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia boleh tarik balik pengiktirafan badan pensijilan halal AS jika langgar standard JAKIM

Bernama
Bernama
05/11/2025
14:47 MYT
Malaysia boleh tarik balik pengiktirafan badan pensijilan halal AS jika langgar standard JAKIM
JAKIM tidak akan berkompromi terhadap pematuhan standard halal produk dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan AS.
KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menarik balik pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada dua badan pensijilan halal di Amerika Syarikat (AS) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap mana-mana standard dan protokol halal negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kedua-dua badan itu diberikan pengiktirafan berdasarkan pematuhan mereka terhadap standard dan protokol halal Malaysia sedia ada.
"Jadi apabila audit yang dijalankan oleh JAKIM kepada dua badan pensijilan ini, kalau berlaku sebarang pelanggaran JAKIM boleh tarik balik pengiktirafan kepada badan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Na'im menegaskan JAKIM tidak akan berkompromi terhadap pematuhan standard halal produk dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan AS.
Beliau berkata Perkara 2.5 ART menyatakan mana-mana badan persijilan halal luar negara termasuk dari AS tetap tertakluk sepenuhnya kepada prosedur syariah dan standard halal Malaysia.
"Ia hanya memperuntukkan penggunaan logo halal daripada badan pensijilan yang diiktiraf JAKIM bagi tujuan pentadbiran dan kelancaran proses kelulusan. Namun, semua proses pengauditan, pemantauan dan pengesahan akhir berada sepenuhnya di bawah kawalan JAKIM," katanya.
Mengenai Pasukan Pemantau Mesra atau Muslim Friendly Watch (MFW), Mohd Na'im berkata MFW telah diarahkan menghentikan serta-merta penggunaan pengiktirafan logo label atau sebarang bentuk kenyataan berkaitan 'Muslim Choice' yang boleh mengelirukan masyarakat.
MFW dalam kenyataan hari ini memutuskan untuk membubarkan pertubuhan itu secara rasmi mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 susulan isu 'Muslim Choice' yang mendapat perhatian umum baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sijil halal
#JAKIM
#tarik balik pengiktirafan
#Amerika Syarikat
#langgar piawaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan