awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Brazil sepakat promosi dan lindungi kepentingan negara membangun - PM

Bernama
Bernama
10/02/2024
12:09 MYT
Malaysia, Brazil sepakat promosi dan lindungi kepentingan negara membangun - PM
Anwar berkata komitmen itu dicapai selepas beliau berinteraksi dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva melalui perbualan telefon semalam. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Brazil sepakat untuk menjalin kerjasama rapat bagi mempromosi serta melindungi kepentingan negara membangun khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu dicapai selepas beliau berinteraksi dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva melalui perbualan telefon semalam.
Beliau berkata mereka juga senada dan sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil khususnya dalam bidang pengurusan hutan, sektor tenaga hijau, perubahan iklim, industri halal, sains serta inovasi.
"Saya turut mengambil peluang ini dengan mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Anwar berkata beliau turut menerima undangan daripada Lula untuk mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada November.
Perdana Menteri juga berharap hubungan Malaysia dan Brazil akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#menerima undangan
#lawatan rasmi
#sokongan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan