awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM perlu hapus budaya tidak sihat - Wakil AFC
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa ASEAN tukar komitmen kepada tindakan nyata

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
15:05 MYT
Malaysia gesa ASEAN tukar komitmen kepada tindakan nyata
Menurut MOTAC, Malaysia mengemukakan empat keutamaan strategik bagi memajukan agenda sosio-budaya pada Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN ke-35 di Manila, 5 Mac 2026.
Malaysia menyeru komuniti ASEAN agar komitmen serantau diterjemahkan kepada penambahbaikan nyata dalam kehidupan masyarakat di seluruh rantau ini.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu dibangkitkan Timbalan Menterinya Chiew Choon Man yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) ke-35 di Manila, semalam.

Menurut MOTAC, Malaysia mengemukakan empat keutamaan strategik bagi memajukan agenda sosio-budaya selaras dengan keutamaan ASCC 2026 serta Wawasan Komuniti ASEAN 2045.

Keutamaan tersebut merangkumi perluasan integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pendidikan, penjagaan kesihatan dan sistem perlindungan sosial; memperkasa inovasi diterajui belia untuk memacu kemajuan serantau; mempercepat tindakan serta daya tahan terhadap perubahan iklim; dan memperkukuh tadbir urus serta ketelusan melalui dasar berasaskan data.

“Walaupun majlis menyasarkan 44 dokumen hasil tahun ini, Malaysia menegaskan kejayaan sebenar perlu diukur berdasarkan penambahbaikan ketara terhadap taraf hidup, sistem perlindungan sosial, dan kesejahteraan menyeluruh masyarakat ASEAN,” menurut kenyataan itu.

MOTAC turut memaklumkan Malaysia membangkitkan kebimbangan terhadap kadar pertumbuhan penduduk yang semakin menurun dalam trend demografi ASEAN, sekali gus menyumbang kepada penuaan tenaga kerja.

Malaysia berpendapat ASEAN tidak hanya perlu menangani cabaran penuaan, tetapi juga mewujudkan persekitaran yang membolehkan golongan warga emas terus menyumbang secara aktif melalui pembelajaran sepanjang hayat, peluang pekerjaan fleksibel, keusahawanan, dan khidmat sukarela.

Selain itu, Malaysia turut mengalu-alukan kemasukan Timor-Leste senagai anggota ke-11 ASEAN pada mesyuarat ASCC pertamanya, yang dianggap langkah penting mengukuhkan kesepaduan dan keterangkuman serantau.

Mesyuarat Majlis ASCC menjadi platform penting bagi para menteri bertukar pandangan mengenai isu baharu di luar mesyuarat tertutup dua kali setahun.

Mesyuarat itu dipengerusikan Setiausaha Kebajikan dan Pembangunan Sosial Filipina, Rex Gatchalian dan dihadiri menteri-menteri Majlis ASCC, wakil serantau serta Sekretariat ASEAN.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Chiew Choon Man
#ASEAN
#sosio-budaya
#MOTAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan