awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa perlindungan ke atas pejabat kedutaan asing di Iran

Bernama
Bernama
05/01/2016
07:09 MYT
Malaysia gesa perlindungan ke atas pejabat kedutaan asing di Iran
ANIFAH: Gesan tindakan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap pelaku serangan.
Malaysia, yang menyuarakan kebimbangan berhubung perkembangan di Asia Barat susulan serangan perusuh ke atas pejabat perwakilan asing Arab Saudi, menggesa pihak berkuasa Iran supaya mengambil segala langkah perlu untuk melindungi pejabat perwakilan asing di negara itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini sejajar dengan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
Beliau turut menggesa agar tindakan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap pelaku serangan itu.
"Malaysia amat bimbang dengan perkembangan di wilayah Asia Barat dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan perusuh yang menyerang Kedutaan dan Pejabat Konsul Arab Saudi masing-masing di Tehran serta Mashhad," katanya.
Menurut laporan media, Arab Saudi memutuskan hubungannya dengan Iran selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaannya di Tehran dan Pejabat Konsul di Mashad, berpunca daripada tindakan Riyadh melaksanakan hukuman mati ke atas 47 individu, termasuk seorang ulama terkemuka Syiah, Sheikh NimrBaqir al-Nimr atas tuduhan keganasan.
BACA: Bahrain, Sudan turut putus hubungan diplomatik dengan Iran
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Arab Saudi
#Bantahan
#hubungan diplomatik
#Iran
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan