awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hargai laporan JIT berkaitan nahas MH17

Bernama
Bernama
20/06/2019
21:57 MYT
Malaysia hargai laporan JIT berkaitan nahas MH17
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Keadilan dan Keselamatan Belanda, perbicaraan kes itu dijangka bermula pada Mac 2020 di negara tersebut. -foto AFP PHOTO
Malaysia menghargai pengumuman Pasukan Siasatan Bersama (JIT) pada Rabu berkaitan laporan terkini penyiasatan dan penyelidikan perundangannya berhubung nahas penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines, yang ditembak jatuh lima tahun lepas dan meragut nyawa semua penumpang serta anak kapalnya.
Kementerian Luar dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis menyebut Malaysia kekal komited terhadap proses JIT dan akan terus komited bagi memastikan bahawa proses itu adalah telus, boleh dipercayai serta berkesan.
"Pendekatan kami ialah rumusan mestilah dibuat berdasarkan bukti dan bukan bermotifkan politik. Dalam hal ini, kami menggesa agar semua pihak bekerjasama dalam proses ini supaya kebenaran akan ditemui," menurut kenyataan itu.
Pada Rabu, dalam satu sidang akhbar di Belanda, JIT telah menamakan empat suspek yang akan didakwa berkaitan kematian 298 orang, yang merupakan penumpang dan kru penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines lima tahun lepas.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Keadilan dan Keselamatan Belanda, perbicaraan kes itu dijangka bermula pada Mac 2020 di negara tersebut.
"Telah diputuskan bahawa mahkamah daerah the Hague akan mendengar kes itu, dan bahawa perbicaraan akan berlangsung di Kompleks Keadilan Schiphol," menurut kenyataan yang diedarkan secara online di https://www.government.nl/topics/mh17-incident/achieving-justice/the-criminal-investigation.
Menurut laporan The New York Times berhubung sidang akhbar di Belanda pada Rabu, pasukan penyiasat yang diketuai Belanda itu telah mengumumkan pertuduhan terhadap Igor Girkin, bekas kolonel dalam FSB yang merupakan agensi pengganti KGB; serta Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, kedua-duanya bekerja dengan agensi perisikan tentera Rusia yang dikenali sebagai GRU.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa turut didakwa ialah Leonid Kharchenko, yang merupakan rakyat Ukraine namun mengetuai kumpulan pemisah disokong Rusia di bawah perintah Dubinsky.
Penerbangan MH17, yang berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Airport, Amsterdam dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, telah ditembak sebelum terhempas berhampiran Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.
Nahas itu mengorbankan 298 orang, termasuk 15 anggota kru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Belanda
#Malaysia Airlines
#MH17
#penerbangan
#Rusia
#siasatan
#terhempas
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan