awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hasrat muktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan pada ASEAN tahun depan

Bernama
Bernama
11/11/2024
13:46 MYT
Malaysia hasrat muktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan pada ASEAN tahun depan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing di Kementerian Pertahanan, hari ini. - Foto Facebook Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan, iaitu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan ketika negara mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan perkara berkenaan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing di Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.
"Saya turut menyatakan hasrat Malaysia agar Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan, iaitu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan dimuktamadkan semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun hadapan," katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.
Mohamed Khaled berkata Malaysia dan China mempunyai pelbagai kerjasama pertahanan, antaranya melalui perjanjian persefahaman yang dimeterai sejak 2005 dan akan terus diperkukuh selari dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua negara.
"Pertemuan dengan wakil negara China adalah sebahagian daripada amalan dan pendekatan negara dalam konteks diplomasi pertahanan.
"Pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara termasuk peluang untuk meningkatkan kerjasama meliputi bidang teknologi dan industri pertahanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kod Tatalaku
#Laut China Selatan
#ASEAN
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan