awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal destinasi pilihan pembeli hartanah China

Bernama
Bernama
14/05/2020
09:11 MYT
Malaysia kekal destinasi pilihan pembeli hartanah China
Kaji selidik The Expat Insider 2019 menunjukkan kalangan ekspatriat di Malaysia ini secara amnya berpuas hati dengan kos taraf hidup yang berpatutan di negara ini. - Gambar hiasan
MALAYSIA terus mengekalkan kedudukan sebagai destinasi keenam pilihan pembeli hartanah China untuk tahun kedua berturut-turut.
Menurut laporan 10 negara pilihan pembeli China bagi 2019 oleh Juwai IQI, Malaysia juga terbukti lebih popular berbanding United Kingdom (tempat ketujuh), Vietnam (8) dan Singapura (ke-11).
Lima destinasi utama yang menjadi pilihan mereka adalah Thailand, Australia, Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada.
"Data tersebut berdasarkan pertanyaan bagi pembelian hartanah di lebih 90 negara yang juga mewakili lebih 3.3 juta pengunjung dari China, sebulan," kata Pengerusi Eksekutif Juwai IQI berpangkalan di Kuala Lumpur, Georg Chmie dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Malaysia telah lama menjadi pilihan pelaburan utama bagi pembeli China berikutan mempunyai taraf hidup yang berpatutan, berkualiti, kemudahan perubatan dan akses terhadap institusi pendidikan.
Malah, katanya, ini turut berkait rapat dengan syarat-syarat menarik Skim Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) yang menjadikan negara ini antara destinasi terbaik untuk didiami.
Pada 2018, harga rumah purata di Malaysia adalah RM416,993 (AS$100,685) yang disifatkan sebagai berpatutan dan menarik berbanding negara-negara lain di Asia dan kawasan lain.
"Kaji selidik The Expat Insider 2019 menunjukkan kalangan ekspatriat di Malaysia ini secara amnya berpuas hati dengan kos taraf hidup yang berpatutan di negara ini selain berasa mudah untuk tinggal di sini.
"Program seperti MM2H telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan persaraan yang popular.
"Malaysia juga popular bagi rakyat China yang meliputi 30 peratus daripada lebih 42,000 permohonan yang diluluskan untuk tempoh 2012 hingga 2018," katanya.
Chmiel berkata laporan itu juga menunjukkan bahawa pertanyaan pembeli China terhadap hartanah kediaman di Malaysia telah meningkat sebanyak 40.2 peratus pada 2019 berbanding 2018.
Lima lokasi pilihan utama pembeli China adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Bandaraya Melaka, Kota Kinabalu dan Shah Alam.
Kuala Lumpur menjadi pilihan utama berikutan mempunyai tawaran jumlah hartanah terbesar selain pasaran pembangunan baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia
#China
#juwai iqi
#kediaman
#Malaysia
#pembeli hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan