awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal tiada dalam senarai larangan ke AS

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2017
07:00 MYT
Malaysia kekal tiada dalam senarai larangan ke AS
Negara-negara dari rantau Asia Barat dan Afrika yang terlibat dengan larangan tersebut ialah Iraq, Iran, Syria, Somalia, Sudan, Libya dan Yaman. - Gambar fail
Malaysia tidak berada di dalam senarai larangan perjalanan ke Amerika Syarikat susulan Arahan Eksekutif (EO) mengenai imigresen oleh Presiden Donald Trump.
Menurut sumber Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, arahan tersebut kekal seperti mana diumumkan minggu lalu dan tiada perubahan terhadap senarai negara terlibat.
"Rakyat Malaysia boleh berkunjung ke AS dengan visa yang sah," katanya.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Malaysia kini berada dalam senarai larangan Trump untuk melawat Amerika seperti tujuh negara yang telah digariskan minggu lalu.
Negara-negara dari rantau Asia Barat dan Afrika yang terlibat dengan larangan tersebut ialah Iraq, Iran, Syria, Somalia, Sudan, Libya dan Yaman.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#kedutaan
#larangan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan