awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kesal Majlis Keselamatan PBB gagal lulus resolusi gencatan senjata Gaza

Kenyataan Media
Kenyataan Media
05/06/2025
03:16 MYT
Malaysia kesal Majlis Keselamatan PBB gagal lulus resolusi gencatan senjata Gaza
Malaysia turut menegaskan bahawa penyelesaian yang adil dan berkekalan hanya boleh dicapai melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. - Foto Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Malaysia kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi yang menggesa gencatan senjata serta-merta dan berkekalan di Gaza, serta penghapusan sekatan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata resolusi tersebut telah menerima sokongan majoriti jelas daripada negara anggota, namun gagal diluluskan akibat penggunaan kuasa veto.
"Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang membunuh orang awam, tindakan genosid dan menggunakan kebuluran dan sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang.
"Masyarakat antarabangsa perlu meneruskan usaha-usaha untuk memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.
Malaysia turut menegaskan bahawa penyelesaian yang adil dan berkekalan hanya boleh dicapai melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan ini kekal sebagai pendirian berprinsip Malaysia serta selaras dengan sokongan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan senjata
#Israel
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami