awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan bom kereta di Ankara

Bernama
Bernama
15/03/2016
00:13 MYT
Malaysia kutuk serangan bom kereta di Ankara
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom kereta di Ankara semalam, yang setakat ini menyebabkan 34 orang maut dan 125 lagi cedera.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom kereta di Ankara semalam, yang setakat ini menyebabkan 34 orang maut dan 125 lagi cedera.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia melahirkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada Kerajaan Republik Turki dan keluarga mangsa-mangsa insiden serangan itu.
"Malaysia menganggap insiden terbaru ini sebagai keganasan yang kejam dan berharap pelakunya akan dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, Kedutaan Malaysia di Ankara sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Turki bagi menentukan jika ada rakyat Malaysia yang maut atau cedera dalam serangan itu.
Setakat ini, tiada sebarang tanda-tanda mengenai kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia.
"Kementerian ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang tinggal di atau melakukan perjalanan ke Ankara supaya sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan peribadi dan keselamatan persekitaran," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Ankara
#bom
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan