awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mahu terus bekerjasama dengan AS dalam isu iklim

Bernama
Bernama
20/05/2023
08:22 MYT
Malaysia mahu terus bekerjasama dengan AS dalam isu iklim
Anwar memaklumkan dalam perbualan berkenaan pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia turut dibincangkan. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia berharap akan dapat terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam isu melibatkan peralihan tenaga boleh diperbaharui, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi.
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima panggilan telefon daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat mengenai Iklim, John Kerry, semalam.
Menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini, Anwar memaklumkan dalam perbualan berkenaan pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia turut dibincangkan.
"Saya berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan GHG (gas rumah hijau) bersih sifar seawal tahun 2050.
"Saya juga telah menekankan bahawa Amerika Syarikat sebagai salah satu negara maju wajar menjadi peneraju dalam mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia.
"Ia boleh dilakukan dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perubahan iklim
#tindakan iklim
#negara maju
#pelepasan GHG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan