awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: Sah! JDT bertemu juara bertahan, Arif Aiman juga ada
Surat Epstein: Mahkamah tolak saman fitnah US$10 bilion Trump terhadap WSJ
Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu, PM Anwar seru terus pelihara perpaduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Pakistan gesa pihak terlibat di Asia Barat hentikan serangan

Bernama
Bernama
05/03/2026
16:33 MYT
Malaysia, Pakistan gesa pihak terlibat di Asia Barat hentikan serangan
Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, Anwar menegaskan bahawa serangan Israel dan AS ke atas Iran merupakan pencabulan terhadap prinsip undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB. - Facebook Anwar
Malaysia dan Pakistan menggesa semua pihak yang terlibat dalam ketegangan di Asia Barat segera menghentikan serangan, melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat dan kembali ke meja rundingan bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persefahaman itu dicapai melalui perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif apabila kedua-dua pemimpin berkongsi kebimbangan terhadap situasi yang semakin meruncing susulan serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.
“Saya menegaskan bahawa tindakan ini merupakan pencabulan terhadap prinsip undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Sementara itu, Anwar berkata Shehbaz memaklumkan perkembangan terkini mengenai ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan, serta berkongsi pandangan tentang inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi merintis jalan damai antara kedua-dua negara.
“Saya menegaskan bahawa semua pihak perlu menahan diri dan mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan… Malaysia menggesa agar ketegangan ini ditangani melalui dialog dan saluran diplomatik,” katanya.
Ketegangan di Asia Barat meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada 28 Feb lepas ke atas Iran dengan Israel menyifatkannya sebagai “serangan awal” terhadap musuh ketatnya bagi “menghapuskan ancaman”.
Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau berkenaan bagi memberi tekanan kepada Tehran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta susulan tindakan keras di Iran terhadap protes besar-besaran
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pakistan
#Shehbaz Sharif
#ketegangan
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan