awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu pendekatan 'non-partisan' tangani impak konflik Asia Barat - Ahmad Samsuri

Bernama
Bernama
22/03/2026
05:55 MYT
Malaysia perlu pendekatan 'non-partisan' tangani impak konflik Asia Barat - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menegaskan, langkah itu penting bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan kepentingan kolektif negara. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan memerlukan pendekatan 'non-partisan' melibatkan semua pihak secara menyeluruh menerusi penubuhan platform khas seperti Majlis Perundingan dan Intervensi Ekonomi Negara, bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, konflik berterusan itu mula memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia.
Menurut beliau, situasi berkenaan kini menyumbang kepada kenaikan harga bahan tenaga, gangguan rantaian bekalan serta tekanan terhadap ekonomi global yang seterusnya meningkatkan kos logistik dan operasi pelbagai sektor.
"Malaysia memerlukan pendekatan 'non-partisan' (bebas) yang mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan politik kepartian, termasuk keperluan untuk lebih inklusif dan berasaskan tindakan.
"Saya mencadangkan penglibatan menyeluruh semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, pemain industri dan wakil masyarakat sivil dalam satu platform khas seperti Majlis Perundingan dan Intervensi Ekonomi Negara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu menegaskan, langkah itu penting bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan kepentingan kolektif negara.
Ahli Parlimen Kemaman itu menjelaskan, kesan rantaian susulan ketidaktentuan global tidak dapat dielakkan dan negara berkemungkinan berdepan kenaikan harga barang asas, kos pengangkutan, logistik, utiliti serta perkhidmatan dalam tempoh beberapa bulan mendatang.
Malah menurut beliau, impak yang lebih besar adalah risiko tekanan kepada sektor pekerjaan termasuk kemungkinan pengurangan tenaga kerja dalam industri terjejas.
"Tanpa intervensi dasar yang proaktif, risiko pemberhentian pekerja boleh meningkat khususnya dalam sektor pembuatan, logistik, perusahaan kecil dan sederhana yang amat terkesan susulan kenaikan kos bahan mentah.
"Pendekatan ini bukan soal politik, tetapi soal kelangsungan negara kerana dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, Malaysia tidak boleh bergerak secara berpecah mengikut garis kepartian.
"Kita mesti menghimpunkan kekuatan seluruh negara dengan merentasi perbezaan politik dan latar belakang untuk menghadapi cabaran ini secara bersama," ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#non partisan
#konflik Asia Barat
#Iran
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan