awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sambut baik perjanjian pemulihan hubungan Arab Saudi, Iran

Bernama
Bernama
12/03/2023
02:40 MYT
Malaysia sambut baik perjanjian pemulihan hubungan Arab Saudi, Iran
Pada Jumaat Arab Saudi dan Iran sepakat untuk mewujudkan semula hubungan selepas bertahun-tahun persengketaan. - Foto AP
PUTRAJAYA: Malaysia menyambut baik perjanjian pemulihan hubungan diplomatik antara kerajaan Arab Saudi dan Iran yang dicapai di Beijing pada Jumaat.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan, Malaysia percaya menormalkan hubungan antara kedua-dua negara merupakan langkah positif dan konstruktif yang akan menyumbang ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau Asia Barat.
Pada Jumaat Arab Saudi dan Iran sepakat untuk mewujudkan semula hubungan selepas bertahun-tahun persengketaan yang telah mengancam kestabilan dan keselamatan di Teluk dan membantu mencetuskan konflik di Timur Tengah dari Yaman ke Syria.
Perjanjian itu diuruskan oleh China dan diumumkan selepas empat hari rundingan yang diadakan di Beijing antara pegawai keselamatan tertinggi kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan diplomatik
#Arab Saudi
#Iran
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan