awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sasar kedudukan 20 terbaik dunia Indeks Inovasi Global

Bernama
Bernama
05/11/2025
10:55 MYT
Malaysia sasar kedudukan 20 terbaik dunia Indeks Inovasi Global
Perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Sains Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan langkah strategik bagi menempatkan Malaysia dalam kalangan 20 negara terbaik dunia dalam Indeks Inovasi Global (GII) menerusi tadbir urus dan pemantauan rentas agensi yang lebih berkesan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Sains Negara yang dipengerusikan beliau pagi tadi.
"Saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara pagi tadi, yang menumpukan kepada usaha melonjakkan kedudukan Malaysia dalam GII, penanda aras penting bagi menilai tahap inovasi dan daya saing negara di peringkat dunia.
"Indeks ini menjadi panduan kepada kerajaan, industri dan pembuat dasar dalam merangka keputusan strategik untuk memastikan Malaysia muncul sebagai negara berteknologi tinggi yang berteraskan nilai MADANI menjelang 2030," katanya dalam hantaran di Facebook.
Menurut Anwar, mesyuarat itu turut meneliti penambahbaikan dalam pembiayaan dana Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) agar penyampaian lebih cekap dan berimpak tinggi.
Beliau berkata kerjasama awam-swasta dikenal pasti sebagai pemangkin utama selaras dengan Dasar STI Negara 2021-2030 yang berhasrat mengubah Malaysia menjadi negara pembangun teknologi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Inovasi Global
#sasaran negara
#Malaysia
#20 terbaik dunia
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan