awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tak selamat buat warga Singapura hanyalah satu propaganda - Ketua Polis Johor

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2014
09:38 MYT
Malaysia tak selamat buat warga Singapura hanyalah satu propaganda - Ketua Polis Johor
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, laporan yang mendakwa negara ini bukanlah negara yang selamat buat warga Singapura, hanyalah satu propaganda untuk memburukkan Malaysia khususnya negeri Johor.
Menurut Mohd Mokhtar, sepanjang tahun lepas, hanya 397 daripada 17.4 juta atau 0.002 peratus pelawat Singapura yang datang negara ini menjadi mangsa jenayah.
Jumlah itu katanya menunjukkan penurunan berbanding sebanyak 466 kes membabitkan mangsa warga singapura yang dicatat pada 2012.
“Saya hendak jelaskan disini kepada media Singapura apabila terjadinya kejadian jenayah kepada warga anda ianya adalah berkaitan dengan peluang dan bukanlah kerana anda menjadi sasaran,” kata Mohd Mokhtar.
Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat keselamatan kepada pengamal media tempatan dan Singapura di Nusajaya, Johor.
Katanya, kebimbangan mengenai keselamatan warga Singapura di Malaysia timbul ekoran daripada penyebaran berita yang tidak benar atau diperbesar-besarkan di alam maya.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Johor Bahru
#mangsa
#Mohd Mokhtar
#propaganda
#sasaran
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan